16 Jun 2009

3 EBOOK PERCUMA UNTUK ANDA

Salam hormat; Maaf jika mengganggu masa santai anda..
============================================
Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di sini.
============================================
Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat anda, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!) buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.

Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :
1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit -  cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download DI SINI. Bukannya kena beli pun.

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D

Chow !!

Terima kasih.


Kamera digital atau kamera filem?
Bandingkan kedua-duanya di Yahoo! Answers!

11 Jun 2009

HARI KELUARGA MJSB 2009

Keluarga Besar Mohd Janis Sdn Bhd

Ini Hamid Jono dengan Vulcannya...aku punya pun macam ni jugak


Pada 10 Jun 2009, opis aku buat Hari Keluarga 2009 kat Teluk Kemang, Port Dickson. Dia orang naik 5 bas. Aku ngan Jef & Amid Jono naik motor baru (baru beli da..) masing-masing.

08 Mei 2009

KEMPLINGAN DI RUMAH WAK SALAM

MALAM tadi 8 Mei 2009, Perkumpulan Kempling Parit Kassan mengadakan persembahan di rumah Wak Salam Hassan Muhali di Kampung Parit Haji Idris sempena majlis perkahwinan anak sulungnya Azme.


07 Mei 2009

BERITA KONVOI KELAB JAGUH GAMBIR DALAM NST




SUPERBIKE ODYSSEY TO CELEBRATE SULTAN'S BIRTHDAY

THE month-long celebration of the Sultan of Johor's birthday in Muar and Ledang was made merrier with a motorcycle convoy journey organised by Kelab Jaguh Gambir recently.

Club chairman Muhidin Osman said 25 members joined the convoy, called the Johor Travelling Convoy (Konvoi Jelajah Johor).

The riders rode high-powered motorcycles starting from Pekan Bukit Gambir, Ledang, to Tanjung Piai in Pontian.


Convoy members preparing to leave for Tanjung Piai.

"Through this event, we were able to foster stronger ties between club members and improve discipline by paying heed to road safety.

"Members of the convoy also had the opportunity to enjoy the beautiful scenery and see all the various development projects along the way," he said.

Muhidin added that those who took part in the ride also gained experience and tested their physical and mental capabilities.

The convoy, which travelled for 250km to their destination and back, departed from Jeti Parit in Jarum Laut.

They were sent off by Ledang member of Parliament Hamim Samuri.

SOURCE: NST JOHOR STREETS, 6 MAY 2009


19 April 2009

KONVOI KELAB JAGUH GAMBIR KE PENGHUJUNG BENUA

PADA 18 April 2009, seramai 25 orang ahli Kelab Jaguh Gambir telah mengadakan Konvoi Jelajah Johor Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor ke Tanjung Piai, Pontian. Pelepasan konvoi tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Jaguh Gambir, Muhidin Osman telah disempurnakan oleh YB Ir Haji Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang.

08 April 2009

KUMPULAN KEMPLING DALAM HARIAN METRO

Perkumpulan Kempling Parit Kassan dalam IMLAPOR Harian Metro 3 April 2009

01 April 2009

KEMPLINGAN BERSAMA PELAJAR MMU MELAKA

PADA malam 22 Mac yang lalu, seramai 9 orang pelajar MMU Melaka telah mengikuti persembahan kemplingan di rumah En Ahmad Kosnan Kamaron sempena malam rewang majlis perkahwinan anaknya. Antara yang melihat persembahan kemplingan tersebut ialah blogger tumbokdinding dan nunzailamnun.

08 Mac 2009

AKU PEMUZIK TRADISIONAL....

Aku seorang pemuzik tradisional.....Nak join? boleh saja. Lihat web ini... kemplingan.tripod.com atau kemplingan.blogspot.com. Lihatlah gaya seorang pemuzik...he he he Gambar ni diambil ketika 'konsert' kat rumah Ar Wak Haji Sidek, majlis kerja kahwin anaknya.

02 Mac 2009

WAK MARTOL MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Wak Martol (2 dari kiri) ketika aktif dalam Perkumpulan Kempling Parit Kassan.

HARI ini, 3 Mac 2009, salah seorang ahli Perkumpulan Kempling Parit Kassan yang menghidap strok, Marzuki Md Rasip atau lebih mesra dengan panggilan Wak Martol meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi menjelang subuh.

Dulu beliau seorang ahli kempling yang aktif, tetapi sejak beliau menghidap strok, beliau tidak mengikuti lagi perkumpulan ini.

Pengerusi serta AJK dan ahli perkumpulan ini mengucapkan takziah kepada keluarganya.

AL-FATIHAH