19 April 2009

KONVOI KELAB JAGUH GAMBIR KE PENGHUJUNG BENUA

PADA 18 April 2009, seramai 25 orang ahli Kelab Jaguh Gambir telah mengadakan Konvoi Jelajah Johor Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor ke Tanjung Piai, Pontian. Pelepasan konvoi tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Jaguh Gambir, Muhidin Osman telah disempurnakan oleh YB Ir Haji Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang.

08 April 2009

KUMPULAN KEMPLING DALAM HARIAN METRO

Perkumpulan Kempling Parit Kassan dalam IMLAPOR Harian Metro 3 April 2009

01 April 2009

KEMPLINGAN BERSAMA PELAJAR MMU MELAKA

PADA malam 22 Mac yang lalu, seramai 9 orang pelajar MMU Melaka telah mengikuti persembahan kemplingan di rumah En Ahmad Kosnan Kamaron sempena malam rewang majlis perkahwinan anaknya. Antara yang melihat persembahan kemplingan tersebut ialah blogger tumbokdinding dan nunzailamnun.

08 Mac 2009

AKU PEMUZIK TRADISIONAL....

Aku seorang pemuzik tradisional.....Nak join? boleh saja. Lihat web ini... kemplingan.tripod.com atau kemplingan.blogspot.com. Lihatlah gaya seorang pemuzik...he he he Gambar ni diambil ketika 'konsert' kat rumah Ar Wak Haji Sidek, majlis kerja kahwin anaknya.

02 Mac 2009

WAK MARTOL MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Wak Martol (2 dari kiri) ketika aktif dalam Perkumpulan Kempling Parit Kassan.

HARI ini, 3 Mac 2009, salah seorang ahli Perkumpulan Kempling Parit Kassan yang menghidap strok, Marzuki Md Rasip atau lebih mesra dengan panggilan Wak Martol meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi menjelang subuh.

Dulu beliau seorang ahli kempling yang aktif, tetapi sejak beliau menghidap strok, beliau tidak mengikuti lagi perkumpulan ini.

Pengerusi serta AJK dan ahli perkumpulan ini mengucapkan takziah kepada keluarganya.

AL-FATIHAH

23 Februari 2009

KERETA SAPA NI......?

[KUTIP:IMA37898]
IM LAPOR Gelagat pemandu kereta ini membawa kerusi dengan menyusun di bonet keretanya membahayakan pengguna jalan raya yg lain.Lokasi di Bukit Gambir,Ledang,Johor

JKKK FELDA PASAK ANJUR LAWATAN KE LEDANG

LEDANG: Seramai 55 orang peserta telah mengikuti lawatan sambil belajar ke daerah ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Sabtu lalu.

Pengerusinya, Haji Mohd Dom Harun berkata, tujuan program ini untuk memberikan pendedahan kepada Ahli Jawatankuasanya serta para pemimpin belia dan wanita yang terdapat di kampungnya melihat bagaimana sesebuah kampung yang dilawati memajukannya.

"Melalui program seumpama ini, minda mereka lebih terbuka untuk mempelajari cara pengurusan sesebuah kampung bagi diaplikasikan di kampung sendiri," katanya kepada iNFOLEDANG ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke premis Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan.

Sementara itu, Setiausahanya, Noh Haji Sitam berkata, antara destinasi yang dilawati ialah Kampung Parit Bugis, Muar yang mengadakan program Homestay, bengkel pembuatan bahulu tradisional dan kraftangan serta persembahan zapin.

Menurutnya lagi, destinasi kedua ialah melawat perusahaan Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Industri Sawit 2007 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kota Kinabalu, Sabah bagi kategori peniaga buah sawit.

"Selain diberi penerangan mengenai aktiviti syarikat itu, kami juga dibawa ke tapak semaian benih sawit dan pusat ternakan lembu yang diusahakan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Haji Mohd Janis Abu Bakar," katanya lagi.

Tambah Noh lagi, destinasi ketiga ialah melawat Masjid Jamek Dato Abd Ghani Othman di Sagil Parit 2 bagi melihat keindahan seni bina kubah masjid kampung itu kerana rekabentuk itu akan digunakan untuk membina masjid di kampungnya.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sepanjang lawatan tersebut.


19 Februari 2009

JADI PEGAWAI SUKAN....

Jadi hakim sukan SK Parit Kasan.

18 Februari 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA SKPK KALI KE-12

LEDANG: Kumpulan Hijau muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK).

Kumpulan Hijau telah mendapat 375 mata mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu Biru (350), Kuning (317) dan Merah (310).

Dalam kejohanan yang diadakan di padang SKPK petang semalam, Muhammad Syahrezat Abd Halim telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKPK 2009 manakala Nor Hazirah Fasihah Sijas sebagai Olahragawati.

Kejohanan itu telah ditutup rasmi oleh Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar. Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar SKPK, Hajah Munah Abd Majid, Yang DiPertua PIBG, Padil Md Amin, Naibnya, Haji Mohd Janis Abu Bakar serta Guru Penolong Kanan (GPK 1), Haji Mohamad Md Amin.

Dalam ucapannya, Mohd Hamzah menasihatkan para pelajar supaya menseimbangkan di antara akademik dan ko-kurikulum untuk mencapai kecemerlangan.

Tambahnya lagi, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan minda para pelajar. -iNFOLEDANG

13 Februari 2009

MOTOR IDAMAN

Ini ke motor idaman si Jumrie??? :post by wakjaman