27 Januari 2009

PENUNGGANG MOTORSIKAL TERBUNUH, PEMBONCENG PATAH KAKI

Mayat mangsa (ditutup plastik hitam) menunggu pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Orang ramai melihat kemalangan tersebut di selekoh Jalan Sagil - Bukit Gambir dekat Kampung Parit Kassan. (Gambar AdiSabariman:iNFOLEDANG)

LEDANG: Seorang penunggang motorsikal terbunuh manakala pemboncengnya patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa (identiti masih tidak diketahui), seorang pemuda India berasal dari Bukit Pasir, Muar, dalam perjalanan pulang dari pusat perkelahan Gunung Ledang bersama tiga lagi rakannya dengan menaiki dua buah motorsikal.

Menurut rakan mangsa, dia terlajak ke jalan Parit Rabu ketika tiba di simpang tiga berhampiran Sekolah Agama Parit Kassan manakala mangsa dan pemboncengnya membelok ke kiri ke arah Bukit Gambir.

Selepas menyedari tersalah jalan, beliau berpatah balik dan apabila tiba di selekoh mendapati dua rakannya terbabit kemalangan.

Motorsikal yang dipandu mangsa tidak dapat dikawal lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera teruk di kepala dan muka.

Beliau cuba diselamatkan oleh penduduk kampung tetapi meninggal dunia di tempat kejadian mankala rakan mangsa yang membonceng motorsikal tersebut patah kaki dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mayat mangsa dihantar ke HPSF untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar menasihati pemandu kenderaan yang melalui Jalan Sagil ke Bukit Gambir terutama berhampiran selekoh tersebut supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka.

Menurutnya, beberapa kemalangan kerap berlaku di selekoh tersebut terutama bagi pemandu yang pertama kali melalui jalan tersebut dari arah Sagil, apabila kenderaan dipandu laju dan tiba di selekoh tersebut tidak dapat mengawalnya lalu terbabas.-iNFOLEDANG

25 Januari 2009

GERHANA MATAHARI

Pada 26 Januari 2009 ini, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, Matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada laluan Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

MARI KITA SAMA-SAMA SOLAT SUNAT GERHANA PETANG INI, 26 JANUARI 2009

SUMBER:http://dunsgabong.blogspot.com/2009/01/gerhana-matahari-separa-di-malaysia.html

22 Januari 2009

MOHD JANIS SDN BHD TERIMA ANUGERAH MPOB 2007

SYARIKAT Mohd Janis Sdn Bhd pembeli buah kelapa sawit di Bukit Gambir, Ledang tempat aku bekerja telah mendapat pengiktirafan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) apabila menjadi calon bagi menerima Anugerah Industri Sawit 2007 kategori Peniaga Buah Sawit Seluruh Malaysia yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Senator Kohilan Pillai kepada Pengarah Urusan MJSB, Haji Mohd Janis Abu Bakar di Kota Kinabalu pada 15 Disember 2008 lalu.

WAK HAJI SEMAN MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Wak Haji Seman (kiri) ketika penggambaran persembahan kempling untuk program TV1.

19 Januari 2009, hari yang menyedihkan. Hari ini, Wak Haji Seman meninggal dunia di Hospital Muar. Malam tadi aku hantar di ke hospital, aku balik jam 3.00 pagi.

Pagi tadi kira-kira jam 7 lebih aku dapat berita Wak Haji Seman dan kembali ke rahmatullah. Inalillahiwainalilahirajiun. Al-Fatihah sahaj yang dapat aku titipkan, moga rohnya di rahmati Allah.

Ini bermakna Perkumpulan Kempling Parit Kassan telah kehilangan seorang lagi ahlinya....Takziah daripada semua ahli kumpulan kempling.

LORI BOSS AKU DIHEMPAP POKOK KELAPA SAWIT

Ari tu, lori kelapa sawit boss aku, dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang. Habis ranap kepala lori tu. Ketika kejadian drebar lori tu, Nuar @ Cocot sedang menyusun buah sawit kat atas lori. Nasib baik masih menyebelahi derebar tu, kalau masa pokok tu tumbang drebar tu dalam lori, tak tahu la apa nasibnya. Gambar lori tu Wakjaman anto kat I-Metro, dah keluar pun gambarnya kat Harian Metro.

06 Januari 2009

PELANCARAN BLOG JUMRIE FROM BGAMBIR

Selamat Datang Ke Blog JUMRIE.
Pelancaran blog ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mohd Janis Sdn Bhd pada hari ini 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharam 1430H. Jamuan: Bubur Lambuk.