25 Ogos 2009

SEMANGAT DI BULAN KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan yang ke-52, semalam aku pasang Jalur Gemilang dan bendera Johor kat depan rumah. Jiran-jiran aku dah pasang dulu jadi segan jugak kalau tak pasang..
Selamat Hari Kemerdekaan untuk semua warga Malaysia..

13 Ogos 2009

ULAR TEDUNG DI RUMAH YAN MELAN

Seekor ular tedung sepanjang 14 kaki telah ditembak mati ketika memasuki rumah Wak Yan Melan kira-kira jam 6 petang semalam. Ular tedung itu dikatakan melintas di belakang orang rumah Wak Yan ketika sedang membakar sampah di belakang rumahnya.

--
http://infoledang.blogspot.com
~sumber berita warga ledang~

KENANGAN 4






WALAUPUN PENAT TAK CUKUP TDO,AKU PUAS ATI...BEST...PASNI KALU ADA RIDE LG,AKU CITER LA..SEKIAN DAHULU WAT MS NI..NAK CITER LAIN LAK...HEHEHE..BABAI...

KENANGAN 3






MELAWAT ASRAMA ANAK2 YATIM DARUL FALAH ADALAH SALAH 1 AKTIVITI YG TERKANDUNG DALAM PROGRAM TERENGGANU BIKE WEEK NI...SEBELUM NI TAK PENAH AKU G ASRAMA ANAK2 YATIM..ADA GAK DULU G UMAH ANAK2 YATIM YG KAT MUO DLU..TU PUN TIME SEKOLAH,TUNGGU MEMBER KLASS AKU TUKO SELUO AKIBAT TERKOYAK.ALIMIE NGN HAMZAH NAMENYE.TEROR MAIN BOLA TU..TP NTAH SKANG DH LOST CONTACT.KEMANA KORANG MENGHILANG.MOGA2 JUMPA LG LA KAT KORANG...OKLAH,TU KENANGAN AKU MS SEKOLAH KAT HIGH SCHOOL MUAR 94-99..
SEMASA KAT ASRAMA DARUL FALAH,AKU NGOK BKN MAIN BEST DAK2 NI.YELAH MENERIMA KUNJUNGAN BIKERS2 1 MALAYSIA YG MCM2 JENIS MOTO ADA.TERUJA PUN ADA AKU NGOK BDK2 TU.LAGI TERUJA PAS PRESIDENT KELAB MOTO TERENGGANU BG KEBENARAN NAK PEGANG2,NAIK N NAK WAT APE SAJELAH KAT MOTO KITAORANG NI...BEST TUL AKU NGOK DAK2 NI..YELAH,ANAK2 YATIM..KORANG FAHAM2 JERLAH...
AKTIVITI DI TERUSKAN NGN KONVOI JELAJAH TERENGGANU NGN ADA ESCORT PIHAK BERKUASA..CM KONVOI TENGKU MAHKOTA JOHOR JER AKU RASA....HEHEHEHE
KEMUNCAK AKTIVITI ADALAH MAKAN MALAM DI RI-YAZ SERITAGE PULAU DUYUNG..TP MAKAN NGN PENUH PROTOKOL..ALMAKLUMLAH ORG KAMPUNG..TP GENG2 AKU YG LAIN,CIKGU ROSLAN,USTAZ HAMZAH,ABG FADIL N JEFRI AKU NGOK COOL JER...TP UPE2NYE KEJAP JER..MS MKN TAK IGT APE DAH TERMASUK NGN AKU SKALI..DH TAK IKUT PROTOKOL DH..JANJI KENYANG..HEHEHE...
SESI NOMBOR BERTUAH AKU N GENG2 AKU MENGHARAPKAN TUAH LAH..HADIAH BEST2 TU.TV PLASMA 42 MINCI...TP DPT AMIK GAMBO JER LAH...TAK NAIK LANGSUNG NO KITAORANG...HUHUHUHU

12 Ogos 2009

KETUA KUMPULAN RABBANI MENINGGAL DUNIA


Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 13 OGOS 2009 11.30AM

--
http://infoledang.blogspot.com
~sumber berita warga ledang~

KENANGAN 2






SELAMA 2 HARI DITERENGGANU,BERMACAM AKKTIVITI N HAL2 YG BEST,YG KURANG BEST N YG X BEST TELAH BERLAKU...NK CITER PUN 4 MINGGU TAK ABIS NI...HEHEHE..
BAK KATE ORG JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN,JAUH PERJALANAN BANYAK KEROSAKAN...HAHAHAHA...
ON THE WAY NAK PEGI DAH ADA YG BREAKDOWN..NAK BALIK PUN SAME..TP TAKPE,SEMUA TU MENJADI PENGALAMAN KITAORANG...TAK SUME ORG DPT PANGALAMAN CAMTU..TUL TAK...BARU LA TAU MOTO NI PUN ADA DTG BULAN GAK...TAK GITU EN JEFRI...LAIN KALI BWK PAMPERS KALU NK RIDE...HEHEHE

KENANGAN AKU RIDE TO KUALA TERENGGANU SEMPENA TERENGGANU BIKE WEEK 2009




PADA 17-19 JULAI YG LALU AKU NGAN GENG2 BUKIT GAMBIR BIKERS AKU TELAH SEPAKAT TUK PERGI KE KUALA TERENGGANU WALAUPUN HAKIKATNYA BUKAN AKU YANG KENE PERGI..TP SETELAH DIKUTUK KAW2 AKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK PERGI GAK..MAU TAKNYE,KENE KUTUK AKU HANYA NAK KIRIM TELUR PENYU 3 RINGGIT...HUH...PANAS ATI SUNGGUH AKU KETIKA ITU...HEHEHEHEH....
BERTEMPAT DI PETRONAS BUKIT GAMBIR,AKU NGAN GENG2 AKU TELAH BERKUMPUL TEPAT PUKUL 3 PTG..MENGIKUT PLANNING KITAORANG LBH KURANG DLM 25 BIJI YG AKAN TURUT SERTA.TP MALANGNYA CUME 7 BIJI JER YG ADA.TU PUN 2 BIJI CUME NK ESCORT SAMPAI SAGIL JER..TP APE2 PUN MEKASIH KAT CIKGU SEMAN N BANG MD SIN YG SUDI ESCORT WALAUPUN SMPAI SAGIL JER...TAK CAM HAMID,LANGSUNG TAK NAMPAK MUKA...DEMAM KATENYA..TP TAKPE,KITORANG AKAN BELIKAN BUAH TANGAN TUK HAMID IAITU BUAH TAMPOI WALAUPUN HAMID DAH KIRIM TELUR PENYU RM 5 SEBELUM TU...HEHEHEHEHE..
GENG2 AKU YG JOIN ADALAH CIKGU ROSLAN[VIRAGO 1100],USTAZ HAMZAH[VIRAGO 1100],ABG FADIL [VIRAGO 1100],JEFRI[MY OPISMATE MERANGKAP SUAMI MITHALI][VULCUN 500].

08 Ogos 2009

HAJI KARSAN ABU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Sebahagian penduduk kampung yang menziarahi jenazah Allahyarham dan kenderaan jenazah yang membawa beliau ke Tanah Perkuburan Bukit Kundur.

Hari ini, 9 Ogos 2009, Haji Karsan Abu, penduduk Kampung Parit Kassan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 malam tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar kerana sakit tua dalam usia 85 tahun (1924 - 2009).

Semua penduduk kampung ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh beliau.